Subscribe:

Ads 468x60px

.

Labels

Monday, 19 December 2011

7 Fakta Menarik Mengenai Bill Gates


1. Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT. Iaitu bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!

2. Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.

3. Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja untuk melakukannya.
4. Andai kata, dia menyedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.

5. Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yang ke 37 terkaya di dunia. Lebih kaya dari Malaysia ke? Not sure.

6. Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang kertas US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.

7. Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM20.34 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.

Bagaimana Untuk Tidak Mudah Hilang Semangat?


Semangat dan motivasi jatuh merudum?
Semangat hilang?
Sedih? Kecewa? Sakit hati?
Itu semua boleh dielakkan dengan satu cara mudah, iaitu melatih diri dengan tidak merenung dan memikirkan masalah-masalah itu.
Setiap kali kita didatangi dengan masalah, ujian, rintangan dan sebagainya, teruskan fokus pada penyelesaian. Fikirkan dan rancang apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan.
Apabila kita membiasakan diri dengan terus memikirkan solusi(penyelesaian), lama kelamaan kita akan terus menjadi begitu tanpa perlu dipaksa-paksa. Kuasa fokus kita akan lebih tinggi.
Jadi, mulai hari ini latihkan diri agar terus memfokus pada penyelesaian, dan elakkan sama sekali memikir-mikirkan masalah.