Hanya dengan keyakinan akan membawa kita ke arah kejayaan. Yakin dengan pegangan kita, yakin dengan keputusan kita, yakin dengan hujah kita, dan yakin dengan apa yang kita buat.
Apa faedahnya bila kita yakin?
Faedahnya ialah kita dapat membuat sesuatu kerja itu dengan sepenuh hati dan sempurna.
Bagaimana kita ingin membina keyakinan?
Artikel di bawah ini mungkin membantu..
Inilah Sebab Kenapa Kita Tak Sepatutnya Takut Berniaga
Saya nak kongsi perbualan saya dengan rakan-rakan saya di Facebook beberapa ketika tadi. Kita sememangnya semua selalu dengar tentang alasan tak nak mulakan bisnes kerana takut rugi, takut gagal, takut tak menjadi, takut tak ada masa, dan beberapa lagi alasan yang kerap kita dengar.
Tapi sebenarnya apa yang harus kita takutkan? Ini perbincangan saya dengan kawan saya Syafie Adam dari Singapura dan Ustaz Fachruddin Dzaki juga dari Singapura. Kawan-kawan rapat seperjuangan saya .
Syafie Adam:
“Hilangkan perasaan takut apabila anda melakukan sesuatu perkara yang baik kerana sesungguhnya perasaan takut itu hanyalah bisikan syaitan”.
Perasaan TAKUT akan menyebabkan anda:
" Tidak. Ada. Kemahuan. Untuk. Tindakan."
Maka mulalah mengambil tindakan dalam menjalankan usaha anda pada hari ini tanpa perlu perasaan takut supaya apa yang anda impikan akan menjadi kenyataan.
Yang menariknya, Ustaz Fachruddin Dzaki memberi jawapan yang saya rasa cukup baik.
Ustaz Fachruddin Dzaki:
“Ketakutan yang layak bagi seorang muslim hanyalah takut pada Allah. Bila anda takut pada Allah sudah cukup untuk menjadikan anda orang yang paling berani di dalam dunia”.
Dalam perniagaan jangan takut untuk rugi tapi TAKUTlah dengan sifat tamak, pendengki, menjatuhkan lawan dan segala yang tak baik. TAKUT kepada kebaikkan adalah tabir dan kekaburan yang dilakukan oleh syaitan supaya Umat Muhammad tidak mengecapinya.
Tidak takut kepada kejahatan adalah hiasan dari syaitan yang sangat layak dilaknat Allah.
Harap dapat memberikan manfaat bagi kita semua. InsyaAllah.