Subscribe:

Ads 468x60px

.

Labels

Featured Posts

  • Kami yakin ramai di antara anda di luar sana yang masih lagi mencari cari arah tuju perniagaan, mengalami masalah dalam mengembangkan perniagaan dan juga masih lagi kabur dalam mencari alternatif terbaik untuk memasarkan produk atau servis anda kepada orang ramai.

Tuesday, 17 January 2012

Tips | Kelebihan Air Alkali

PERANAN AIR
9/10 daripada badan manusia adalah terdiri daripada air. Manakala 90% daripada air adalah kandungan oksigen.
Kandungan air dalam organ badan:
* Darah = 82%
* Otot-otot = 75%
* Tulang = 22%
* Ginjal = 82%
* Otak = 74%

Seperti kita ketahui, 90% tubuh manusia terdiri dari air. Amat penting untuk memberikan tubuh dengan air mineral yang berkualiti sesuai dengan keperluan sel-sel dalam tubuh. Air juga diperlukan oleh haiwan atau pun tumbuhan. Air juga hidup, ianya mampu bereaksi terhadap sekelilingnya apatah lagi sistem tubuh badan kita. Air Tulen yang bersih biasanya ber-Energi, atas izin ALLAH Yang Maha Kuasa, air Tulen bersih ber-Energi mampu menjadi penawar / terapi penyembuhan kepada segala jenis penyakit yang ringan mahu pun berat atau penyakit-penyakit kronik. Ia juga dapat membantu proses pembesaran tumbuhan dan haiwan dengan lebih cepat dan baik. Ia juga membantu agar tubuh boleh kembali berfungsi normal dengan kemampuan memperbaiki sendiri (Self Healing) bahagian-bahagian tubuh yang terkena berbagai gangguan, seperti: pedih ulu hati, migrain, batu karang, diabetes, kolesterol tinggi, sakit urat, gangguan jantung, darah tinggi, kanser, strok, dan berbagai jenis gangguan tubuh lainnya.

MANFAAT AIR BERALKALI :

* Membersihkan racun-racun dari dalam tubuh
* Membantu proses penyembuhan
* Menyeimbangkan energi dalam tubuh
* Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
* Meningkatkan kadar oksigen dalam darah
* Meningkatkan penyerapan nutrisi dan memperbaiki metabolisme
* Melancarkan peredaran darah
* Menjaga keseimbangan fisik dan mental
* Membantu membangkitkan energi CHI Life
* Meningkatkan stamina
* Mengurangi stress
* Menyegarkan kulit wajah
* Membantu meningkatkan kualiti tidur
* Meningkatkan kualiti makanan dan minuman
* Merubah air dan makanan menjadi lebih ber-energy

Anda mungkin tidak tahu setiap yang kita makan mempunyai kesan yang drastik kepada badan dan pH badan kita. Sesetengah makanan kita berasid, manakala sesetengahnya pula beralkali. Kesemuanya akan meninggalkan kumuhan berasid, melainkan kita "flush"kan keluar dengan Air Alkali, ia akan bertambah sebagai deposit.


Berita buruknya... setiap apa yang kita makan akan ditukar kepada sisa organik yang berasid dalam badan.

Air Alkali mempunyai 6 unsur utama (unsur yang sama seperti air zam-zam) :-

1. Mineral bersifat Alkali
2. Mengandungi Elektrolit
3. Oksigen yang lebih padat
4. Rantaian molekul air yang lebih kecil
5. Mengandungi Elektron (Ion negatif) berlebihan (Excess Electron)
6. Tenaga Gema (Keistimewaan sebenar air Alkali)
Anti-Oksida, Air Beralkali
Ini adalah jawapan kepada kesihatan, kecergasan dan awet muda yang anda cari selama ini !
*Nota: Air yang terbaik untuk air minuman ialah air zam-zam dan air zam-zam itu juga bersifat alkali.

Hanya dengan meminum 8 gelas air alkali setiap hari bukan sahaja membantu penghadaman, tetapi juga membantu menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam usus yang juga penyebab penyakit. Anda akan mula merasa kelainan dari luar dan dalam.

Kunci utama kepada proses ini adalah air. Seperti sungai yang memerlukan air mengalir, begitu juga usus. Lebih banyak air yang diserap maka lebih banyaklah "free radikal" yang dineutralkan, lebih banyak toksin yang dibuang dari sistem badan.

Dengan "oxidation reduction potential", saiz molekul air yang lebih halus dan beralkali bergabung untuk menjadikan Air Alkali sebagai Air terbaik untuk menyah-hidrat badan dan mengawal acidosis.

Kesihatan yang sempurna bermula dari usus yang bersih dan pembersihan bermula dengan Air Alkali.

Motivasi | Himpunan 19 Kata-kata Hikmah Untuk Membakar Semangat Anda

KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya. Hehehe..


Jadi bacalah koleksi kata-kata hikmah ‘Motivasi’ di bawah. Semoga semangat anda pulih seperti sediakala. Semoga semangat juang anda kembali segar. Semoga anda mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya.  Agar jiwa anda kembali kental. Agar jiwa anda kembali bersemarak. Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat.

1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.

2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.

4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.

6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.

13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan.

15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.